MALAYSIA melaporkan kurang daripada 1,000 kemasukan Covid-19 buat hari kedua berturut-turut dengan 997 orang dimasukkan ke hospital semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Seramai 925 orang telah dimasukkan untuk Covid-19 pada hari sebelumnya.
Menurut laman web CovidNow, keseluruhan penggunaan katil hospital di seluruh negara berada pada kadar 68.3 peratus, di mana 33.7 peratus adalah pesakit Covid-19.
Kemasukan hospital menunjukkan tahap keterukan virus, manakala penggunaan hospital termasuk katil, bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan ventilator.
Lembah Klang mencatatkan kemasukan harian tertinggi dengan 276, diikuti 240 di Selangor, 20 di Kuala Lumpur, dan 16 di Putrajaya.
Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor (188), Kedah (33), Kelantan (102), Melaka (12), Negeri Sembilan (59), Pahang (39), Perak (37), Perlis (11), Pulau Pinang (26), Sabah (101), Sarawak (39), Terengganu (74).
Tiada kemasukan baharu dilaporkan di Labuan.
Terengganu melaporkan penggunaan tertinggi dengan 83.5 peratus katil digunakan. Sementara itu, penggunaan ventilator negeri itu berada pada kadar 46.2 peratus manakala ICU pula pada 62.3 peratus.

Setakat tengah malam, terdapat 57,674 kes aktif Covid-19 di Malaysia. Daripada jumlah ini, 382 kes di ICU dengan 201 daripadanya menggunakan ventilator.
Sementara itu, 47,751 pesakit kuarantin di rumah, 5,263 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah manakala 4,504 dimasukkan ke hospital.
Setakat tengah hari semalam, 4,097 jangkitan baharu dilaporkan. Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,021 kes.
Negeri dan wilayah lain yang merekodkan kes baharu ialah Johor (436), Kedah (267), Kelantan (428), Melaka (159), Negeri Sembilan (159), Pahang (329), Perak (139), Perlis (39), Pulau Pinang (285), Sabah (232), Sarawak (64), Terengganu (183), Kuala Lumpur (317), Labuan (12), dan Putrajaya (27). – 15 Disember, 2021.
Komen