KKM lapor 48 kematian baharu Covid-19


MALAYSIA merekodkan 48 kematian Covid-19 setakat tengah malam, 12 daripadanya diklasifikasikan maut sebelum sampai di hospital, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 kepada 30,956.

Angka kematian harian adalah jumlah maut yang dilaporkan pada hari tersebut ditambah kes tertunggak yang baru disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Menurut data Github KKM, Pulau Pinang mencatatkan kematian paling banyak iaitu 8 orang.

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kematian ialah Kelantan (6), Sabah (6), Terengganu (6), Selangor (5), Perak (4), Johor (3), Negeri Sembilan (3), Kedah (2), Kuala Lumpur (2), Pahang (1), Sarawak (1) dan Labuan (1).

Tiada kematian baharu dilaporkan di Putrajaya, Perlis dan Melaka.

Kadar kematian Covid-19 berada pada kadar 0.8 peratus. – 15 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen