4,097 kes baharu Covid-19, kata KP kesihatan


Aminah Farid

Sebanyak 4,097 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas yang peningkatan berbanding hari sebelumnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Disember, 2021.

MALAYSIA melaporkan 4,097 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini adalah peningkatan berbanding hari sebelumnya apabila sebanyak 3,504 kes dilaporkan.

Angka baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di negara ini kepada hampir 2.7 juta.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam.

Sementara itu, 922 orang dimasukkan ke hospital semalam. 

Sebanyak 66.8% katil hospital di seluruh negara digunakan, di mana 34.4% daripadanya adalah untuk pesakit Covid-19.

Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan pada masa ini ialah 0.98. – 14 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen