PUTRAJAYA membentangkan empat cadangan pindaan rang undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) bagi mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat hari ini.
RUU pindaan itu dibentangkan selepas sesi soal jawab.
“Pindaan ini dibuat selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya yang juga ahli Parlimen Santubong ketika membentangkan RUU itu, menambah kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bersetuju degan pindaan itu.
“Cadangan pindaan ini dibawa ke jawatankuasa bersama pada 11 Oktober dan dipersetujui oleh jawatankuasa khas MA63 pada 18 Oktober sebelum dimuktamadkan Kabinet pada 20 dan 29 Oktober.”
Empat RUU itu adalah sebahagian memorandum persefahaman (MoU) yang ditandangani bersama Pakatan Harapan (PH) pada September dan antara reformasi yang dijanjikan Ismail Sabri Yaakob selepas dilantik sebagai perdana menteri pada Ogos.
Wilayah berasingan, Hari Malaysia
Dalam cadangan pindaan itu, Sabah dan Sarawak akan ditakrifkan sebagai dua wilayah di bawah Malaysia, bukan termasuk 13 negeri Persekutuan.
Dalam cadangan pindaan kedua, kerajaan akan memasukkan defisini Hari Malaysia buat julung kalinya dalam tempoh 58 tahun.
RUU Perlembagaan Persekutuan ini disenaraikan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 3 November.
Maksud Hari Malaysia
Pindaan Perlembagaan Persekutuan ini juga mahu memberi takrifan kepada Hari Malaysia, yang disambut pada 16 September setiap tahun sebagai cuti umum sejak 2010.
Takrifan itu, yang menyebut Hari Malaysia bermakna “16 September 1963”, dimasukkan pada Perkara 160(2).
Tarikh pembentukan Malaysia sebelum ini tidak pernah disebut dalam Perlembagaan Persekutuan.
RUU yang dikemukakan ini juga mahu meminda maksud “Persekutuan”, juga di bawah Perkara 160(2).
Pindaan ini ringkasnya menjelaskan Persekutuan Malaysia adalah gabungan Malaya yang merdeka pada 1957 dengan Sabah, Sarawak dan Singapura melalui Perjanjian Malaysia 1963, dan perjanjian pemisahan Singapura pada 1965.
Ini secara langsung memasukkan perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963 ke dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kedudukan Bumiputera Sarawak
Pindaan keempat pula menyentuh kedudukan istimewa Bumiputera Sarawak dengan mentakrifkan “Bumiputera” di wilayah itu sebagai warganegara dan kaum yang ditakrifkan dalam Perlembagaan Sarawak. – 14 Disember, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen