KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 29 kematian akibat Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, termasuk lapan berlaku di luar hospital (brought in dead).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 30,908 kes, menurut KKM.
Angka kematian harian yang dilaporkan oleh KKM merangkumi jumlah kematian baharu dan kes tertunggak, dengan ada antara mangsa meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari.
Berdasarkan data dikeluarkan GitHub, Terengganu catat angka kematian tertinggi iaitu lapan kes.
Di negeri-negeri lain, empat kes masing-masing direkodkan di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur serta masing-masing tiga kes di Kelantan, Selangor, Sabah dan Sarawak.
Kedah, Pahang, Perlis, Pulau Pinang masing-masing rekod satu kes.
Tiada kematian Covid-19 dilaporkan di Perak, Melaka, Johor, Putrajaya dan Labuan. – 14 Disember, 2021.
Komen