KOMPOSER dan penyanyi M Nasir kini menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif Covid-19, lapor media.
Isterinya Marlia Musa dipetik berkata Nasir, 64, dalam keadaan stabil.
“Benar, dia (Nasir) positif Covid-19 dan sekarang sedang berehat dan menjalani kuarantin di rumah.
“Simptom yang dialaminya sekarang hanya batuk sahaja. Mohon semua doakan agar dia segera sembuh,” katanya, seperti dipetik Kosmo Online.
Marlia dan anak mereka Suci Musalmah serta pembantu rumah setakat ini negatif, tambah laporan itu.
Nasir dikesan positif kebetulan sebelum hadir ke Pesta Buku Selangor, kata Marlia.
Beliau masih negatif pada Jumaat, semasa membuat persembahan di Festival Filem Malaysia ke-31. – 13 Disember, 2021.
Komen