MALAYSIA mencatatkan 3,504 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Jumlah hari ini naik sedikit berbanding 3,490 kes pada semalam.
Jangkitan baharu dilaporkan ini juga menjadikan beban dipikul negara kini sebanyak 2.695 juta kes.
Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman web CovidNow selepas tengah malam.
Sejumlah 22.7 juta (97.3 peratus) populasi dewasa telah divaksin sepenuhnya setakat semalam, manakala 23.09 juta (98.7 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 2.72 juta remaja berusia 12-17 tahun telah lengkap divaksin setakat semalam, manakala 2.82 juta (89.7 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Secara keseluruhan, 25 juta rakyat Malaysia telah menyelesaikan dos Covid-19 mereka setakat Ahad manakala 25 juta orang lagi sekurang-kurangnya telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.
Semalam Malaysia menyaksikan 956 kemasukan ke hospital akibat Covid-19, kurang satu berbanding 957 pada hari sebelumnya.
Menurut CovidNow, penggunaan katil merosot kepada 64.8 peratus manakala kadar katil Covid-19 berada pada kadar 35.2 peratus.
Kadar kemasukan ke hospital menunjukkan tahap keterukan pandemik coronavirus.
Kadar penggunaan hospital termasuk penggunaan katil serta bilangan pesakit dalam rawatan rapi dan yang memerlukan bantuan pernafasan. – 13 Disember, 2021.
Komen