KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 17 kematian baharu Covid-19 semalam, kesemuanya kematian tertunggak.
Menurut data GitHub, tiga daripada 17 kematian itu diklasifikasikan sebagai maut sebelum tiba di hospital (DOA).
Jumlah kematian negara kini mencecah 30,879, di mana 6,246 daripadanya adalah DOA.
Angka kematian harian Covid-19 merupakan jumlah maut yang dilaporkan pada hari itu ditambah dengan kes yang baru disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Terengganu mencatatkan jumlah kematian baharu tertinggi dengan empat diikuti Kelantan (3), Kedah (2), Perak (2), Perlis (2), Pulau Pinang (2), Melaka (1) dan Sabah (1).
Tiada kematian berkait Covid-19 dilaporkan di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Kadar kematian kekal pada 0.8 peratus manakala purata bagi kematian Covid-19 adalah sebanyak 13 kematian bagi setiap sejuta populasi. – 13 Disember, 2021.
Komen