3,940 kes baharu Covid-19, terendah dalam tempoh 7 bulan


Ravin Palanisamy

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah sejak 4 Mei di mana sebanyak 3,120 kes dilaporkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 3,490 kes baharu Covid-19 setakat hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di negara ini kini sebanyak 2,691,639, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah sejak 4 Mei di mana sebanyak 3,120 kes dilaporkan.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam.

Sementara itu sebanyak 22.77 juta individu atau 97.3% daripada populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka setakat semalam.

Menurut portal CovidNow, 98.7% daripada populasi dewasa atau 23.09 juta individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 89.7% daripada populasi remaja atau 2.82 juta individu berusia antara 12 dan 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 86.5% atau 2.72 juta individu dalam kumpulan berkenaan melengkapkan vaksinasi. – 12 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen