Bahrain lapor kes pertama varian Omicron


Langkah kesihatan sudah diambil serta pesakit kini diasingkan dan tiada kontak rapat dalam kes itu, kata kementerian kesihatan Bahrain. – Gambar AFP, 12 Disember, 2021.

BAHRAIN turut melaporkan kes pertama Covid-19 varian Omicron membabitkan inividu yang pulang dari luar negara, menurut Twitter kementerian kesihatan.

Bagaimanapun, kementerian itu tidak mendedahkan negara berkenaan.

Menurut kementerian, langkah kesihatan yang perlu sudah diambil serta pesakit itu kini diasingkan dan tiada kontak rapat dalam kes itu, lapor agensi berita Anadolu.

Saintis di Afrika Selatan pada 24 November mengumumkan penemuan varian Omicron yang mempunyai beberapa mutasi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia kemudian mengisytiharkan ia sebagai “varian yang membimbangkan” dan setakat ini dikesan di 57 negara. – Bernama, 12 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen