Ismail abai 5 kegagalan besar kerajaannya, kata Guan Eng


Ravin Palanisamy

Ismail Sabri yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-9 pada 21 Ogos pada minggu lalu berkata prestasi menteri kabinetnya mencapai sekitar 90% bagi tempoh 100 hari pentadbirannya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2021.

MENGABAIKAN lima kegagalan besar dan memberikan menteri Kabinet markah 90% pada kad laporan 100 hari pentadbiran menjejaskan kredibiliti Putrajaya, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mempersendakan istilah “kad laporan” dengan memberikan markah 90% kepada kabinetnya walaupun berdepan kegagalan di bawah kepimpinannya.

“Malah murid sekolah bertanya bagaimana anda boleh menanda dan berjaya mendapatkan markah tinggi kad laporan anda sendiri, sedangkan ia sepatutnya dilakukan oleh penilai bebas serta berasingan,” kata Lim, ahli Parlimen Bagan dan bekas menteri kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-9 pada 21 Ogos pada minggu lalu berkata prestasi menteri kabinetnya mencapai sekitar 90% bagi tempoh 100 hari pentadbirannya. 

Antara lima kegagalan yang diketengahkan Lim ialah ketidakupayaan Ismail untuk meningkatkan ekonomi negara dan kesejahteraan ekonomi orang ramai.

Beliau berkata sebaliknya orang ramai menderita kerana harga makanan dan keperluan harian melambung tinggi.

“Harga daging dan sayur naik tetapi untuk pertama kali harga sayur lebih mahal dari daging. Terdapat kebimbangan sebenar bahawa inflasi akan terus tidak stabil sehingga tahun depan dan membawa kepada kekurangan makanan,” kata ahli Parlimen DAP berkenaan.

Beliau kemudiannya menekankan kegagalan kerajaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 apabila menganjurkan acara mega Aspirasi Keluarga 100 hari di KLCC yang menarik kehadiran ramai.

Lim juga mempersoalkan amalan dwi-standard kerajaan apabila penganjur acara didenda RM1,000 tetapi menteri dan pemimpin politik yang hadir bebas dari dikenakan sebarang hukuman. – 12 Disember, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen