China lapor 49 kes tempatan Covid-19


Satu kes disyaki dicatatkan di Shanghai membabitkan individu yang tiba dari luar China. – Gambar EPA, 12 Disember, 2021.

CHINA pada Sabtu melaporkan 49 kes baharu Covid-19 membabitkan penularan tempatan, menurut laporan harian suruhanjaya kesihatan.

Daripada kes baharu tempatan itu, sebanyak 38 dilaporkan di Zhejiang, 10 di Mongolia Dalam dan satu di Heilongjiang, lapor agensi berita Xinhua.

Turut dilaporkan 26 kes import baharu di sembilan wilayah.

Satu kes disyaki dicatatkan di Shanghai membabitkan individu yang tiba dari luar China dan tiada kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan pada Ahad. – Bernama, 12 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen