957 dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 semalam


Ravin Palanisamy

Penggunaan katil secara keseluruhan menurun kepada 65.1% dengan kadar pengambilan untuk kemasukan Covid-19 adalah 35.2%. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 957 kemasukan ke hospital berkaitan Covid-19 semalam, menurun daripada 1,078 yang dicatatkan sehari sebelumnya.

Jumlah kemasukan yang berkaitan dengan Covid-19 menurun untuk hari kedua berturut-turut.

Menurut laman web CovidNow kementerian, penggunaan katil secara keseluruhan di negara ini menurun kepada 65.1%, yang mana kadar pengambilan untuk kemasukan Covid-19 adalah 35.2%.

Kadar kemasukan ke hospital menunjukkan tahap keseriusan wabak Covid-19. Kadar penggunaan hospital termasuk penggunaan katil serta bilangan pesakit dalam unit rawatan rapi dan memerlukan sokongan pernafasan.

Tiga kawasan di Lembah Klang, Selangor (241), Kuala Lumpur (33) dan Putrajaya (21) melaporkan gabungan 295 kemasukan, menurun daripada 305 sehari sebelumnya.

Penggunaan katil berkaitan Covid-19 di Lembah Klang berjumlah 60.7%.

Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu adalah Johor (139), Sabah (107), Kelantan (78), Negeri Sembilan (59), Perak (59), Terengganu (50), Sarawak (40), Pahang (39), Pulau Pinang (31), Kedah (28), Melaka (17), Perlis (14) dan Labuan (1).

Kelantan mempunyai penggunaan katil tertinggi untuk Covid-19 dengan 79.0% katil dipenuhi.

Sementara itu, Malaysia semalam melaporkan 4,626 kes baharu Covid-19, terendah sejak 6 Disember, yang mana 4,262 kes dicatatkan.

Lembah Klang menyumbang 1,605 jangkitan atau 35% daripada jumlah keseluruhan kes.

Selangor melaporkan 1,227 kes, Kuala Lumpur (349) dan Putrajaya (29).

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu adalah Johor (480), Kelantan (386), Pulau Pinang (345), Pahang (326), Kedah (308), Sabah (287), Perak (207), Melaka (202), Terengganu (180), Negeri Sembilan (161), Sarawak (74), Perlis (39) dan Labuan (26).

Penggunaan ventilator adalah 38.4% manakala penggunaan unit rawatan rapi (ICU) berada pada 59.7% yang mana 36.3% adalah kes Covid-19.

Sehingga tengah malam, kes aktif menurun sedikit kepada 60,778.

Daripada jumlah ini, 49,910 pesakit berada dalam kuarantin di rumah, 5,867 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah dan 4,605 ​​dimasukkan ke hospital.

Terdapat 396 kes di ICU dengan 211 daripadanya menggunakan ventilator. – 12 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen