KKM lapor 31 kematian Covid-19


Ravin Palanisamy

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 30,862 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 31 kematian akibat Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, termasuk tujuh berlaku di luar hospital (brought in dead).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 30,862 kes, menurut KKM.

Angka kematian harian yang dilaporkan oleh KKM merangkumi jumlah kematian baharu dan kes tertunggak, dengan ada antara mangsa meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari.

Berdasarkan data dikeluarkan GitHub, Selangor mencatat angka tertinggi kematian iaitu 10 kes.

Di negeri-negeri lain, lima kes masing-masing direkodkan di Sabah, manakala di Sarawak dan Perak masing-masing empat kes.

Tiada kes kematian dilaporkan Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Labuan dan Putrajaya. 

Sementara itu, daripada tujuh kes BID yang dilaporkan, tiga direkodkan di Sabah, dua di Selangor serta masing-masing satu kes di Sarawak dan Terengganu. – 12 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen