MALAYSIA semalam merekodkan 44 kematian baharu disebabkan Covid-19, 10 daripadanya melibatkan kes kematian di bawa ke hospital (BID), kata Kementerian Kesihatan.
Ia meningkat berbanding hari sebelumnya yang melaporkan 28 kematian.
Data terbaru itu menjadikan jumlah korban wabak negara kini sebanyak 30,831 orang.
Jumlah kematian harian adalah gabungan jumlah kematian dilaporkan pada hari tersebut dan kes tertunggak yang baharu disahkan punca kematian kerana Covid-19 selepas siasatan pihak berkuasa kesihatan.
Menurut pangkalan data KKM, GitHub, Johor melaporkan kes kematian tertinggi seramai 8 orang.
Negeri lain yang turut melaporkan kematian baharu adalah Sabah (6), Terengganu (5), Pahang (4), Pulau Pinang (4), Selangor (4), Sarawak (3), Kedah (2), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Perak (2), Melaka (1) dan Kuala Lumpur (1).
Tiada kes kematian baharu dilaporkan di Putrajaya, Labuan dan Perlis.
Kadar kematian disebabkan Covid-19 di Malaysia masih kekal 0.8%. – 11 Disember, 2021.
Komen