SEBANYAK 5,058 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu setakat hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Jangkitan hari ini menunjukkan penurunan berbanding hari sebelumnya apabila sebanyak 5,446 kes dilaporkan.
Angka baharu itu menjadikan jumlah kes keseluruhan jangkitan sebanyak 2,681,523.
Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam.
Sementara itu seramai 1,128 pesakit dimasukkan ke hospital semalam.
Sebanyak 68.3% katil di seluruh negara digunakan di mana 36% adalah untuk pesakit Covid-19.
Noor Hisham juga berkata kadar jangkitan ketika ini adalah 0.97. – 10 Disember, 2021.
Komen