POLIS sudah bercakap dengan guru SMK Methodist Nibong Tebal yang menuduh seorang pelajar mencuri telefon bimbit iPhonennya Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan Supritendan Shafee Abdul Samad berkata kenyataan guru tersebut sudah pun diambil.
“Telefonnya masih belum ditemui,” kata Abdul Shafee.
Kes ini telah menjadi hangat selepas pelajar itu telah cuba membunuh diri.
Pelajar Tingkatan 2, M. Vasanthapiriya, 13, mengantung diri di dalam biliknya selepas penafiannya tidak diendahkan.
Dia masih hidup ketika ditemui dan dilaporkan meninggalkan nota membunuh diri yang mengatakan dia tidak mencuri telefon gurunya. Dia juga mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapa dan neneknya.
Vasanthapiriya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya pagi tadi. Keluarganya kini menuntut keadilan atas kematiannya.
Shafee berkata polis mula menyiasat cubaan membunuh diri itu di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan selepas bapa saudara pelajar itu membuat laporan polis.
“Pada 24 Januari, kira-kira jam 11 malam, laporan mengenai pelajar itu cuba membunuh diri telah dibuat. Dia kemudian di bawa ke Hospital Sungai Bakap dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut,” katanya.
“Kertas sisasatan telah dibuka. Polis melakukan siasatan sebaik sahaja menerima maklumat dari hospital.
“Kertas siasatan telah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya.”
Guru terbabit ditukarkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Prai.
Hari ini, jabatan berkenaan menyatakan kesedihan mereka di atas kehilangan pelajar itu.
“Kami berharap keluarga Vasanthapiriya tabah menghadapi waktu yang sukar ini,” kata timbalan pengarah pendidikan Mohd Jamil Mohamed dalam satu kenyataan.
Katanya, pihak jabatan telah menyerahkan siasatan itu kepada polis untuk mengambil “tindakan tanpa kompromi”.
“Siasatan awal oleh jabatan telah siap dan dihantar kepada jabatan pendidikan.
“Jabatan berharap semua pihak tenang dan memberi ruanng kepada polis untuk menjalankan tugas mereka,” katanya.
Ketika dihubungi, Timbalan Menteri Pendidikan I P. Kalamanathan berkata kementerian akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes itu.
“Kami memandang serius kes ini dan mahu keadilan dijalankan tanpa rasa takut dan pilih kasih,” katanya menerusi mesej.
“Kehilangan yangg tragik adalah sesuatu yang menghantui saya. Bagi seseorang yang sangat muda mengambil langkah dramatik seperti itu dan membunuh diri sangat menyedihkan.
“Saya ucapkan takziah kepada Muniandy (ayah Vasanthapiriya) da keluarganya atas kehilangan yang sukar dibayangkan ini.”
Timbalan Menteri Pendidikan II Chong Sin Woon berkata beliau tidak dapat memberi mengenai kes itu dan apakah tindakan yang akan diambil kementerian kerana beliau masih belum menerima laporan terperinci mengenai kejadian itu. – 1 Februari, 2018.
Komen