1,128 pesakit Covid-19 dirawat di hospital, tertinggi di Lembah Klang


Keseluruhan penggunaan katil di hospital di seluruh negara ialah 68.3%, dengan 36% adalah pesakit Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Disember, 2021.

SERAMAI 1,128 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Angka semalam meningkat berbanding hari sebelumnya, dengan 1,118 kemasukan ke hospital.

Keseluruhan penggunaan katil di hospital di seluruh negara ialah 68.3%, dengan 36% adalah pesakit Covid-19.

Lembah Klang melaporkan jumlah kemasukan pesakit paling ramai iaitu 281 dengan 226 di Selangor, Kuala Lumpur (29) dan Putrajaya (26).

Negeri lain melaporkan kemasukan pesakit ke hospital ialah Johor (214), Kedah (34), Kelantan (99), Melaka (24), Negeri Sembilan (59), Pahang (42), Perak (50), Perlis (13), Pulau Pinang (39), Sabah (116), Sarawak (70), Terengganu (85) dan Labuan (2).

Kelantan melaporkan pengggunaan katil paling tinggi iaitu 85.3%. sementara itu, penggunaan alat bantuan pernafasan 55.1% dan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) ialah 73.0%.

Setakat tengah malam tadi, sebanyak 60,856 kes aktif dilaporkan di Malaysia. Daripada jumlah itu, 419 kes di ICU dengan 232 menggunakan alat bantuan pernafasan.

Seramai 49,791 pesakit sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah, 5,901 dimasukkan ke pusat kuarantin dan 4,745 dirawat di hospital.

Setakat tengah hari semalam, 5,446 kes jangkitan baharu dilaporkan. – 10 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen