KKM lapor 41 kematian baharu Covid-19


Aminah Farid

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 30,787 kes, menurut KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Disember, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 41 kematian baharu akibat Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, dengan 6 daripadanya berlaku di luar hospital (brought in dead).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 30,787 kes, menurut KKM.

Angka kematian harian yang dilaporkan oleh KKM merangkumi jumlah kematian baharu dan kes tertunggak, dengan ada antara mangsa meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari.

Menerusi data yang dikongsikan di lama web CovidNow, Selangor mencatat angka tertinggi kematian iaitu enam kes.

Di negeri-negeri lain, lima kes masing-masing direkodkan di Perak dan Sarawak, Johor (4), Kelantan (4), Pulau Pinang (4), Kedah (3), Sabah (3), Terengganu (3), Melaka (1), Pahang (1), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tiada kes kematian dilaporkan di Putrajaya, Labuan dan Negeri Sembilan. – 10 Disember, 2021.   


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen