KKM lapor 5,446 kes baharu Covid-19


Setakat hari ini sebanyak 5,446 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Disember, 2021.

SEBANYAK 5,446 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu setakat hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jangkitan hari ini menunjukkan peningkatan dari hari sebelumnya apabila sebanyak 5,020 kes dilaporkan.

Angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini adalah sebanyak 2,676,465.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam.

Sementara itu seramai 1,118 pesakit dimasukkan ke hospital setakat semalam.

Sebanyak 67.7% penggunaan katil di hospital di mana 36% adalah untuk pesakit Covid-19.

Noor Hisham berkata kadar jangkitan pada masa ini ialah 0.98. – 9 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen