Pelantikan DNB tak dibincang dengan KKMM, kata Zahidi


Chan Kok Leong

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin berkata Kementerian Kewangan tidak berbincang kementeriannya berhubung pelantikan DNB bagi melaksanakan teknologi 5G di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Disember, 2021.

KEMENTERIAN Kewangan tidak berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia berhubung pelantikan Digital Nasional Berhad (DNB) bagi melaksanakan teknologi 5G di Malaysia, kata Zahidi Zainul Abidin.

“Kita dipanggil oleh Kementerian Kewangan untuk memberi kelulusan kepada DNB, kita tak bincang pun.

“Selepas itu kita persoalkan tentang harga sebab DNB akan jual spektrum kepada telco (syarikat telekomunikasi),  tetapi DNB beri jaminan bahawa harganya akan lebih murah daripada 4G dan lebih murah daripada sekarang.

“Itu jaminan DNB. Ini satu benda cukup ajaib dan kita terima dan kita terpaksa bersetuju,” kata timbalan menteri komunikasi dan multimedia itu pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Zahidi menjawab Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang-PH) yang bertanya bilakah DNB akan memberi taklimat kepada Parlimen mengenai pelaksanaan 5G.

DNB adalah syarikat tujuan khas di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan), yang dilantik sebagai penyedia tunggal infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara.  – 9 Disember, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen