KKM lapor 28 kematian baharu akibat Covid-19


Aminah Farid

Jumlah keseluruhan kematian akibat koronavirus setakat ini sudah mencecah 30,746. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Disember, 2021.

MALAYSIA semalam merekodkan 28 kematian akibat Covid-19 dengan empat daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Angka semalam adalah penurunan ketara daripada 66 hari sebelumnya.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat koronavirus kepada 30,746.

Angka kematian harian adalah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tersebut ditambah kes tertunggak yang baru disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan disebabkan oleh Covid-19.

Menurut data KKM yang disiarkan di Github, Selangor mencatatkan kematian paling banyak iaitu enam kes.

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kematian ialah Sabah (5), Johor (3), Kedah (2), Negeri Sembilan (2), Pahang (2), Perak (2), Pulau Pinang (2), Kelantan (1), Melaka (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tiada kematian baharu dilaporkan di Sarawak, Putrajaya, Labuan dan Perlis.

Kadar kematian Covid-19 berada pada 0.8%. – 9 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen