5,020 kes baharu Covid-19 dilaporkan, kata KP kesihatan


Aminah Farid

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 5,020 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Disember, 2021.

SEBANYAK 5,020 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini merupakan kali pertama dalam tempoh empat hari negara melaporkan lebih 5,000 kes jangkitan.

Jumlah kes berada dalam lingkungan 4,000 sepanjang empat hari lalu.

Jangkitan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,673,019.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam.

Sementara itu seramai 1,036 pesakit dimasukkan ke hospital semalam. 

Sebanyak 67.6% katil hospital di seluruh negara digunakan di mana 39.2% adalah untuk pesakit Covid-19.

Noor Hisham berkata kadar jangkitan kini pada 0.99 meningkat daripada 0.95 pada minggu lepas. – 8 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen