Norway perketat langkah kekang lonjakan kes Covid-19


Norway perketat langkah mengekang Covid-19 susulan varian Omicron bagi mengelakkan bebanan kepada perkhidmatan kesihatan negara. – Gambar EPA, 8 Disember, 2021.

NORWAY akan memperketatkan langkah kesihatan bagi mengekang lonjakan kes Covid-19, termasuk mengehadkan bilangan yang menghadiri pesta, kata kerajaan pada Selasa.

Tempoh empat minggu bermula tengah malam pada Khamis, pihak berkuasa akan mengehadkan bilangan tetamu dalam sesebuah rumah kepada 10 orang—tambahan kepada bilangan isi rumah.

Minggu lalu, disyaki terdapat wabak varian Omicron di kalangan puluhan pengunjung parti yang semuanya sudah divaksin menyebabkan kerajaan memperkenalkan sekatan baharu untuk menangani Covid-19 di dalam dan sekitar bandar Oslo.

“Keadaan sekarang sangat serius sehingga kami perlu mengambil langkah baharu untuk memastikan wabak itu terkawal,” kata Perdana Menteri Jonas Gahr Store pada sidang akhbar.

Bagaimanapun, jumlah itu mungkin dinaikkan kepada 20 sepanjang tempoh Krismas, selagi sekurang-kurangnya jarak satu meter dikekalkan antara tetamu, katanya.

Pelitup muka juga akan diwajibkan jika penjarakan sosial tidak dapat dikekalkan pada jarak satu meter, manakala perkhidmatan pelayan akan diwajibkan di restoran dan bar.

“Risiko bebanan kepada perkhidmatan kesihatan dan penyebaran varian Omicron yang lebih mudah menular kini memerlukan langkah ketat baharu di negara kita,” kata Store.

Norway merekodkan 29 kes Omicron setakat ini. – AFP,  8 Disember, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen