Malaysia rekod 66 kematian baharu Covid-19 


Sembilan daripada 66 kes keatian yang dilaporkan semalam dikategorikan sebagai kematian luar hospital.– Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Disember, 2021.

MALAYSIA merekodkan 66 kes kematian baharu Covid-19 semalam, yang mana sembilan daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital, lapor Kementerian Kesihatan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 30,718.

Angka kematian harian diperoleh daripada jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tertentu, termasuk kes tertunggak yang baru disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan berpunca daripada koronavirus.

Menurut data Github KKM, Terengganu merekodkan jumlah kes kematian tertinggi iaitu 12 kes.

Negeri dan wilayah lain yang turut melaporkan kes kematian ialah di Selangor (11), Kedah (8), Perak (7), Pulau Pinang (6), Sabah (5), Negeri Sembilan (4), Johor (3), Kuala Lumpur (3) , Kelantan (2), Pahang (2), Sarawak (2) dan Melaka (1).

Tiada kes kematian direkodkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Kadar peratusan kematian akibat Covid-19 kekal pada 0.8%.– 8 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen