1,036 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, lapor KKM


Aminah Farid

KKM melaporkan 1,036 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Disember, 2021.

SERAMAI 1,036 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Angka semalam menyaksikan peningkatan berbanding hari sebelumnya dengan 950 kemasukan dilaporkan.

Penggunaan katil hospital keseluruhan di seluruh negara adalah pada 67.6%, dengan 39.2% adalah pesakit Covid-19.

Kemasukan hospital menunjukkan tahap keterukan virus, manakala penggunaan hospital termasuk penggunaan katil, bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan ventilator.

Lembah Klang mencatatkan kemasukan harian tertinggi seramai 289, manakala 240 di Selangor, 29 di Kuala Lumpur, dan 20 di Putrajaya.

Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor (197), Kedah (33), Kelantan (100), Melaka (14), Negeri Sembilan (62), Pahang (35), Perak (57), Perlis (13), Pulau Pinang (24), Sabah (89), Sarawak (54), Terengganu (68) dan Labuan (1).

Terengganu melaporkan penggunaan tertinggi dengan 85.6% ruang katil digunakan. 

Sementara itu, penggunaan ventilator ialah 47.2% dan ICU pada kadar 60.7%.

Sehingga tengah malam, terdapat 60,411 kes aktif Covid-19 di Malaysia. Daripada jumlah ini, terdapat 437 kes di ICU dengan 240 daripadanya memerlukan bantuan ventilator.

Sementara itu, 49,279 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 5,875 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah dan 4,820 dimasukkan ke hospital.

Setakat tengah hari semalam, 4,965 jangkitan baharu dilaporkan.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,196 kes.

Negeri dan wilayah lain yang merekodkan kes baharu ialah Johor (438), Kedah (365), Kelantan (573), Melaka (181), Negeri Sembilan (212), Pahang (393), Perak (170), Perlis (46), Pulau Pinang (388), Sabah (307), Sarawak (71), Terengganu (219), Kuala Lumpur (380), Labuan (23), dan Putrajaya (33). – 8 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen