48 maut dalam konflik puak di Darfur, Sudan


Konflik antara puak tercetus di kawasan Kirainik, di Darfur selepas militia brsenjata membunuh dan mencederakan pelarian domestik.– Gambar EPA, 7 Disember, 2021.

SEKURANG-kurangnya 48 orang terbunuh dalam konflik puak di Darfur, Sudan, lapor Xinhua memetik kenyataan sebuah pertubuhan bukan kerajaan pada Isnin.

“Laporan awal menunjukkan terdapat 48 kematian akibat ditembak dan ramai lagi cedera dengan beberapa orang dalam keadaan kritikal akibat konflik di kawasan Kirainik, di Darfur. 

“Keganasan meletus di kawasan itu selepas militia bersenjata membunuh dan mencederakan beberapa orang pelarian domestik (IDP) serta membakar kem IDP dan pasar awam,” menurut kenyataan Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan.

Pihak berkuasa Sudan belum mengeluarkan maklumat lanjut mengenai jumlah sebenar yang maut  atau cedera. 

Darfur dicengkam perang saudara sejak 2003 semasa pemerintahan bekas Presiden Omar al-Bashir, yang digulingkan pada April 2019.

Kerajaan peralihan di Sudan berusaha untuk menamatkan konflik melalui perjanjian yang dicapai pada 3 Oktober 2020, namun masih ada beberapa kumpulan bersenjata belum menandatangani kesepakatan itu. – Bernama, 7 Disember, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen