SERAMAI 950 orang dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 semalam, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan di laman web CovidNow.
Ini adalah peningkatan kecil berbanding 940 kemasukan ke hospital yang dicatatkan sehari sebelumnya.
Kadar keseluruhan penggunaan katil hospital di seluruh negara ialah 65.7%, dengan 35.3% adalah pesakit Covid-19.
Kemasukan hospital menunjukkan tahap keterukan virus, manakala penggunaan hospital termasuk penggunaan katil, serta bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan ventilator.
Terdapat 259 kemasukan di Lembah Klang mempunyai kemasukan harian tertinggi iaitu 259, dengan 201 di Selangor, 36 di Kuala Lumpur dan 22 di Putrajaya.
Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor (188), Kedah (36), Kelantan (96), Melaka (24), Negeri Sembilan (41), Pahang (39), Perak (47), Perlis (12), Pulau Pinang ( 22), Sabah (77), Sarawak (32), Terengganu (72) dan Labuan (5).
Terengganu melaporkan penggunaan tertinggi dengan 84.4% penggunaan katil. Sementara itu, penggunaan ventilator ialah 37.2% dan ICU sebanyak 61.4%.
Sehingga tengah malam, terdapat 60,329 kes aktif Covid-19 di Malaysia. Daripada jumlah ini, terdapat 463 kes di ICU dengan 249 daripadanya menggunakan ventilator.
Sementara itu, 49,358 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 5,780 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah dan 4,728 dimasukkan ke hospital.
Setakat tengah hari semalam, 4,262 jangkitan baharu dilaporkan.
Semua negeri dan wilayah persekutuan melaporkan kurang 1,000 jangkitan. Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 868 kes.
Negeri dan wilayah lain yang merekodkan kes baharu ialah Kelantan (562), Sabah (271), Johor (457), Kedah (357), Pahang (278), Pulau Pinang (243), Sarawak (72), Perak (231), Kuala Lumpur (240), Sabah (271), Sarawak (72), Terengganu (201), Melaka (222), Negeri Sembilan (189), Perlis (34), Putrajaya (29) dan Labuan (8). – 7 Disember, 2021.
Komen