KKM lapor 38 kematian akibat Covid-19


KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 38 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu sehingga tengah malam, menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 30,652.

Kesemua 38 kematian diklasifikasikan sebagai kes tertunggak.

Data biasanya dikemas kini kemudian untuk menggambarkan kematian yang berlaku semalam.

Kementerian memperoleh angka harian daripada jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tertentu, termasuk kes tertunggak yang baru disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan selepas selesai siasatan klinikal.

Menurut data KKM yang disiarkan di Git.hub, lapan daripada 38 mangsa diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.

Bagi pecahan negeri, Selangor melaporkan kematian tertinggi dengan enam kes diikuti Perak dengan lima kes.

Negeri lain yang melaporkan kes kematian ialah Johor (1), Kelantan (4), Pahang (3), Kelantan (1), Kuala Lumpur (4), Sabah (3), Sarawak (1), Kedah (4), Melaka (2), Negeri Sembilan (1), Selangor(4), dan Terengganu (4).

Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya tidak melaporkan sebarang kematian.

Purata nasional bagi setiap sejuta penduduk ialah 14 kematian dengan Terengganu mempunyai kadar tertinggi dengan 38 kematian bagi setiap sejuta penduduk. – 7 Disember, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen