4,262 kes baharu Covid-19 hari ini, lapor KKM


MALAYSIA mencatatkan 4,262 jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, sedikit menurun berbanding 4,298 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah jangkitan hari ini menjadikan beban dipikul negara sebanyak 2,663,034.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam.

Dalam pada itu jumlah kemasukan ke hospital angkara Covid-19 turun bawah 1,000 semalam dengan 940 pesakit.

Penggunaan katil hospital seluruh negara berada pada kadar 62.3 peratus sementara kadar katil pesakit Covid-10 pada 32.3 peratus. – 6 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen