MALAYSIA mencatatkan 4,298 kes baharu Covid-19 setakat hari ini menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,658,772, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Jumlah kes hari ini adalah yang terendah dalam tempoh enam hari lalu dengan negara merekodkan 4,087 jangkitan pada 29 November.
Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow Kementerian Kesihatan (KKM) selepas tengah malam.
Kementerian itu berkata seramai 22.7 juta atau 97% orang dewasa sudah menyelesaikan vaksinasi mereka manakala 23 juta aau 98.4% menerima sekurang-kurangnya satu suntikan.
Sementara itu lebih 2.7 juta atau 86.4% remaja berusia 12 hingga 17 tahun kini diberi vaksin Covid-19 sepenuhnya. – 5 Disember, 2021.
Komen