KKM lapor 17 kematian baharu Covid-19


Noel Achariam

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 30,538 kes, lapor KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Disember, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 17 kematian akibat Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, dengan 4 daripadanya berlaku di luar hospital (brought in dead).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 30,538 kes, menurut KKM.

Menerusi data yang dikongsikan di portal GitHub, Selangor mencatat angka tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Kuala Lumpur (2), Sabah (2), Terengganu (2), Perlis (2), Negeri Sembilan (2), Johor (1), Kelantan (1), Melaka (1) dan Sarawak (1).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Labuan dan Putrajaya.

KKM juga memaklumkan jumlah kes aktif dalam negara kini mencecah 62,486, termasuk 499 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 269 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat tengah malam tadi juga, sebanyak 5,301 kes pulih direkodkan.

Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini 2,649,578 kes, menurut KKM. – 4 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen