Lelaki Itali guna tangan palsu elak divaksin


Tindakan seorang lelaki cuba menipu pihak berkuasa kesihatan untuk disuntik vaksin pada tangan palsu membawa padah apabila dia dilaporkan kepada polis di Biella, barat laut Itali pada lewat Khamis. – Gambar EPA, 3 Disember, 2021.

SEORANG lelaki Itali yang mahu mendapat sijil vaksin Covid-19 tanpa suntikan vaksin cuba menggunakan tangan palsu ketika disuntik, kata seorang pegawai kesihatan pada Jumaat.

Walaupun warna kulit nampak realistik, namun tiada siapa yang tertipu dengan anggota silikon itu.

Tindakannya itu bagaimanapun membawa padah apabila lelaki berusia 50-an itu dilaporkan kepada polis di Biella, barat laut Itali pada lewat Khamis.

“Kes itu hampir tidak masuk akal,” kata ketua kerajaan Piedmont, Albert Cirio, dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau berkata tindakan sedemikian “tidak boleh diterima berikutan pengorbanan seluruh masyarakat kita semasa pandemik, dari segi kehidupan manusia, kos sosial dan ekonomi.”

Insiden lengan palsu itu berlaku menjelang sekatan terhadap orang yang belum divaksin Covid-19 di Itali. 

Bermula 6 Disember hanya pemegang Pas Hijau yang sudah divaksin sahaja dibenarkan memasuki restoran, muzium, wayang, teater dan acara sukan. – AFP, 3 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen