Tanah runtuh tak jejas bekalan sayur, kata pekebun


Raevathi Supramaniam

Kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam menyebabkan dua orang maut. – Gambar Facebook, 3 Disember, 2021.

KEJADIAN tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam tidak akan menjejaskan bekalan sayur ke Lembah Klang tidak akan terputus meskipun tanah runtuh, kata pekebun.

Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands berkata bekalan sayur akan dihantar ke pasar borong di Selayang menggunakan laluan alternatif Cameron Highlands-Tapah.

“Bekalan tidak terjejas kerana lori-lori menggunakan jalan Tapah. Cuma, kalau perjalanan ikut laluan biasa mengambil masa lima jam, sekarang mungkin akan bertambah lagi dua jam,” kata setiausahanya Chay Ee Mong kepada The Malaysian Insight.

Kejadian tanah runtuh petang semalam menyebabkan dua orang maut. Mangsa yang makut dikenal pasti sebagai pemandu lori Muhammad Hafiz Hamdi, 31, dari Tanjung Piandang, Kerian dan pemandu Toyota Alphard Tan Chee Heng, 36, dari Klang, Selangor.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak Hamdan Ali hari ini berkata kejadian tanah runtuh itu disebabkan keadaan hujan yang berterusan. 

Jalan itu dijangka akan dibuka semula pada 9 Disember ini selepas kerja-kerja pembersihan selesai dan sekiranya keadaan cuaca mengizinkan, katanya. – 3 Disember, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen