Abang Johari lepaskan Satok, mahu tanding kerusi Gedong


Desmond Davidson

Langkah Abang Johari Openg meninggalkan kerusi selamatnya untuk bertanding di Gedok telah membuka jalan buat Gabungan Parti Sarawak yang meletakkan Ibrahim Baki untuk mempertahankan Satok. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Disember, 2021.

KETUA Menteri Sarawak Abang Johari Openg telah melepaskan kerusi selamatnya di Satok untuk bertanding di Gedong dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 18 Disember nanti.

Langkahnya itu membuka jalan buat Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang meletakkan Ibrahim Baki untuk mempertahankan Satok.

Abang Johari, 71, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah menyandang kerusi Satok sejak lapan penggal.

Beliau pertama kali bertanding di kerusi bandar Kuching itu pada 1981.

Ketika mengumumkan calon-calon PRN GPS di ibu pejabat PBB di Kuching petang ini, Abang Johari berkata beliau antara tiga presiden parti komponen yang akan bertanding nanti.

Sementara itu pemangku presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Joseph Salang tidak akan bertanding.

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dr Sim Kui Hian akan mempertahankan kerusinya di Batu Kawa manakala Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) dan ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing akan bertanding untuk kerusi Dudong dekat Sibu.

Anak saudara bekas presiden PRS James Masing yang meninggal dunia pada 30 November telah dipilih untuk mempertahankan kerusi Masing di Baleh.

Nicholas Kudi dilihat menahan sebak apabila diwawancara wartawan.

Ayah Kudi merupakan abang Masing. Kedua ibu bapa Kudi meninggal dunia akibat Covid-19.

Beliau berkata apabila memikirkan ibu bapanya dan bapa saudaranya telah membuat “saya sangat emosional”.

GPS bertanding semua 82 kerusi di Sarawak, dengan menampilkan 24 muka baharu.

Calon paling muda ialah Azizul Adenan, 30, manakala calon paling tua ialah Ibrahim Baki yang berusia 60-an. – 3 Disember, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen