Kes Covid-19 di Sarawak turun, kembali catat 2 angka


Sebanyak 91 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Sarawak berbanding 121 kes semalam, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Disember, 2021.

JUMLAH kes baharu Covid-19 di Sarawak kembali turun kepada 91 kes berbanding 121 semalam, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam kenyataan hari ini, memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, 11 kes melibatkan jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan manakala 80 kes lagi bergejala ringan dan tidak bergejala.

Kuching antara kawasan mencatatkan kes tertinggi dengan 26 kes, diikuti Sibu (16), Miri (9), Serian (8) dan Bintulu (7) manakala kes kematian baharu yang direkodkan hari ini hanya satu kes melibatkan individu berusia 79 tahun di Sibu.

Sementara itu, jumlah kluster aktif di Sarawak kekal dua kluster iaitu kluster Jalan Sultan Tengah Rampangi dan kluster Ong Tiang Swee, kedua-duanya di Kuching. – Bernama, 2 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen