Kemasukan hospital Covid-19 hampir tiada perubahan, kata KKM 


Jumlah kemasukan hospital daripada Covid-19 menurun sedikit kepada 1,118 semalam berbanding 1,122 hari sebelumnya.– Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Disember, 2021.

JUMLAH kemasukan hospital daripada Covid-19 menurun sedikit kepada 1,118 semalam berbanding 1,122 hari sebelumnya, menurut laman web CovidNow.

Secara keseluruhan, hospital beroperasi pada kapasiti 69.2%, dengan pesakit Covid-19 menggunakan 36.8% ruang katil.

Kemasukan hospital menunjukkan tahap keterukan virus, manakala penggunaan katil hospital, serta bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan yang menggunakan alat bantuan pernafasan. 

Terdapat 312 kemasukan ke Lembah Klang semalam, dengan Selangor melaporkan 258 kemasukan baharu, Kuala Lumpur 39 dan Putrajaya mencatatkan 15.

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor (207), Kedah (53), Kelantan (109), Melaka (13), Negeri Sembilan (45), Pahang (43), Perak (63), Perlis (16), Pulau Pinang (35), Sabah (112), Sarawak (57) dan Terengganu (53).

Labuan tidak melaporkan sebarang kemasukan ke hospital.

Dari segi kadar penggunaan katil hospital, Terengganu adalah yang tertinggi dengan 84% kapasiti katil di hospital telah digunakan.

Sementara itu, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan adalah pada 38.7% dan ICU ialah 62.7%.

Terdapat 63,740 kes aktif Covid-19 di Malaysia setakat malam tadi. Daripada jumlah ini, 500 pesakit dirawat di ICU dengan 258 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 52,066 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 6,156 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah manakala 5,018 dimasukkan ke hospital.

Setakat tengah hari semalam, 5,430 jangkitan baharu dilaporkan. Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,582 kes.

Negeri lain yang turut merekodkan kes baharu ialah Kelantan (639), Sabah (366), Johor (488), Kedah (366), Pahang (326), Pulau Pinang (292), Sarawak (292), Perak (205), Terengganu (202), Kuala Lumpur (326), Melaka (124), Negri Sembilan (180), Putrajaya (21), Perlis (48) dan Labuan (19). – 2 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen