KKM lapor 49 kematian Covid-19


Ragananthini Vethasalam

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 30,474 kes, menurut KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Disember, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 49 kematian akibat Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, dengan 12 daripadanya berlaku di luar hospital (brought in dead).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 30,474 kes, menurut KKM.

Angka kematian harian yang dilaporkan oleh KKM merangkumi jumlah kematian baharu dan kes tertunggak, dengan ada antara mangsa meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari.

Menerusi data yang dikongsikan di portal GitHub, Selangor mencatat angka kematian tertinggi iaitu 12 kes, diikuti Perak dengan lapan kes.

Di negeri-negeri lain, empat kes direkodkan di Johor, Kedah (2), Kelantan (5), Melaka (1), Negeri Sembilan (2), Pahang (1), Pulau Pinang (1), Sabah (7), Sarawak(4), Kuala Lumpur (1) dan Terengganu (1).

Tiada kematian Covid-19 dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya. – 2 Disember, 2021.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen