55 kes kematian Covid-19 


Ragananthini Vethasalam

Jumlah keseluruhan kes kematian akibat koronavirus di negara ini kini 30,425.– Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Disember, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 55 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu sehingga tengah malam, menjadikan jumlah kematian akibat koronavirus di negara ini kepada 30,425.

Bagaimanapun, kesemua 55 kematian adalah kes tertunggak.

Menurut data Github Kementerian Kesihatan, lapan daripada 55 mangsa telah disahkan meninggal dunia di luar hospital.

Kementerian memperoleh angka harian daripada jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tertentu, termasuk kes tertunggak yang baharu disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan selepas menyelesaikan siasatan klinikal.

Selangor merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 10 kematian, diikuti Terengganu dan Kuala Lumpur dengan masing-masing enam kes.

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kematian baharu semalam ialah Johor (3), Kelantan (4), Melaka (2), Negeri Sembilan (2), Pahang (4), Perak (4), Pulau Pinang (5), Sabah (5) dan Sarawak (4).

Kedah, Perlis, Labuan dan Putrajaya tidak melaporkan sebarang kematian.

Sementara itu, menurut laman web CovidNow, purata kematian bagi setiap sejuta penduduk dalam tempoh dua minggu ialah 15 kematian, manakala Terengganu mencatatkan kematian tertinggi dengan 50 kes bagi setiap sejuta penduduk. – 1 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen