1,122 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam  


Ragananthini Vethasalam

Jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital menunjukkan peningkatan mendadak kepada 1,122 berbanding 1,009 semalam.– Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Disember, 2021.

SERAMAI 1,122 orang telah dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 semalam, peningkatan mendadak daripada 1,009 semalam, menurut laman web CovidNow.

Kadar penggunaan katil hospital keseluruhan adalah pada 68.7% manakala bagi Covid-19 adalah pada 37.6%.

Kemasukan hospital menunjukkan tahap keterukan virus, manakala penggunaan katil hospital, serta bilangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan yang menggunakan alat bantuan pernafasan. 

Lembah Klang mencatatkan kemasukan harian tertinggi iaitu 289 dengan Selangor melaporkan 226 kemasukan ke hospital baharu, Kuala Lumpur menyaksikan 45 manakala Putrajaya mencatatkan 18.

Negeri lain yang turut melaporkan kemasukan baharu adalah Johor (216), Kedah (34), Kelantan (87), Melaka (32), Negeri Sembilan (47), Pahang (67), Perak (72), Perlis (9), Pulau Pinang (23), Sabah (106), Sarawak (78), Terengganu (62), Kuala Lumpur (45).

Labuan tidak merekodkan sebarang kemasukan ke hospital.

Dari segi kadar penggunaan katil hospital, Melaka adalah yang tertinggi dengan 86.5% kapasiti katil di hospital telah digunakan.

Sementara itu, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan adalah pada 39.6% dan ICU ialah 62%.

Terdapat 65,153 kes aktif Covid-19 di Malaysia setakat malam tadi. Daripada jumlah ini, 509 pesakit dirawat di ICU dengan 252 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 52,954 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 6,539 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah manakala 5,151 dimasukkan ke hospital.

Malaysia melaporkan 4,879 kes baharu semalam.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,097 kes.

Negeri lain yang merekodkan kes baharu ialah Kelantan (574), Sabah (543), Johor (494), Kedah (412), Pahang (321), Pulau Pinang (311), Sarawak (292), Perak (210), Terengganu (202), Sabah (401), Sarawak (98), Kuala Lumpur (388), Melaka (139), Negeri Sembilan (148), Putrajaya (40), Perlis (44) dan Labuan (2). – 1 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen