JUMLAH kes baharu Covid-19 di Sarawak kekal dua digit dengan 98 kes direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu kini 250,720, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
JPBN dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, hanya empat kes melibatkan jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan manakala 94 kes lagi bergejala ringan dan tidak bergejala.
Kes tertinggi antaranya dicatatkan di Bahagian Kuching dengan 25 kes, diikuti Sibu (19), Miri (13), Bintulu (11) dan Limbang (7).
Kes kematian baharu yang direkodkan hari ini adalah sebanyak tiga kes melibatkan individu berusia 50 hingga 76 tahun.
Sementara itu jumlah kluster aktif di Sarawak kekal empat kluster iaitu kluster Putai 2 di Mabong, kluster Ensurai (Limbang), kluster Jalan Sultan Tengah Rampangi dan kluster Ong Tiang Swee (Kuching). – Bernama, 30 November, 2021.
Komen