61 kes kematian baharu Covid-19 


Aminah Farid

MALAYSIA merekodkan 61 kes kematian baharu Covid-19 semalam, yang mana 15 daripadanya adalah kematian luar hospital, lapor Kementerian Kesihatan.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini kepada 30,370.

Kementerian memperoleh angka harian daripada jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tertentu, termasuk kes tertunggak yang baharu disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan selepas menyelesaikan siasatan klinikal.

Menurut data Github kementerian, Selangor merekodkan kes kematian baharu tertinggi dengan 14 kes.

Negeri lain dan wilayah yang turut merekodkan kes kematian adalah Terengganu (11), Johor (6), Perak (6), Kelantan (5), Kuala Lumpur (5), Negeri Sembilan (4), Kedah (3), Pahang (3), Sabah (2) dan Sarawak (2).

Tiada kes kematian baharu direkodkan di Melaka Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Kadar kematian kes semasa Malaysia adalah pada 0.8%.

Sehingga kini, 1,557 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini. – 30 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen