NEGARA melaporkan 4,087 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 2,627,903.
Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke portal CovidNow selepas tengah malam.
Noor Hisham berkata sejak dua hari lepas kadar kejangkitan (Rt) berada pada 0.96.
Setakat semalam, 96.8 peratus populasi dewasa telah divaksin manakala 98.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja, 85.9 peratus lengkap disuntik manakala 89.6 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan. – 29 November, 2021.
Komen