Bimbang Omicron, Jepun juga bakal tutup sempadan


Kerajaan Jepun menjadi negara terbaharu untuk memperketatkan kawalan sempadan, menyekat semua ketibaan asing baharu hanya beberapa minggu selepas mengumumkan ia akan membenarkan beberapa pemegang visa memasuki negara itu. – Gambar EPA, 29 November, 2021.

JEPUN pada Isnin mengumumkan pelan untuk menyekat semua pelancong asing baharu berikutan perkembangan varian Omicron Covid-19.

Menteri kesihatan negara G7 akan bertemu pada hari ini bagi membincangkan tentang Omicron yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan, selain cabaran baharu yang ditimbulkan varian itu terhadap usaha global untuk memerangi pandemik.

Kerajaan Jepun menjadi negara terbaharu untuk memperketatkan kawalan sempadan, menyekat semua ketibaan asing baharu hanya beberapa minggu selepas mengumumkan ia akan membenarkan beberapa pemegang visa memasuki negara itu.

Perdana Menteri Fumio Kishida berkata Jepun “berada dalam kedudukan yang lebih kuat terhadap varian Omicron berbanding negara lain,” memetik pemakaian pelitup muka secara sukarela dan kederan rakyatnya sendiri.

Filipina turut mengumumkan untuk tangguh sementara pelan untuk membenarkan kemasukan pelancong yang telah divaksin sepenuhnya, dalam usaha untuk mengelakkan varian itu menular di negara yang kebanyakan penduduknya masih belum divaksinasi.

Sebelum itu Manila berharap untuk memulihkan ekonomi negara itu yang terjejas dengan membenarkan kemasukan pelancong yang disuntik.

Varian itu juga menimbulkan keraguan di Australia, di mana kerajaan kini mempertimbangkan semula rancangan untuk melonggarkan sekatan sempadan.

Tetapi dengan tiga kes Omicron disahkan pada orang yang tiba di Australia dari selatan Afrika, yang mana dua mendarat di Sydney dan satu di utara Darwin, Perdana Menteri Scott Morrison nampaknya kelihatan berat untuk kenakan semula sekatan ketat.

“Kita tidak hanya perlu belajar untuk hidup bersama Covid, kita perlu belajar untuk hidup bersama varian juga,” katanya. – AFP, 29 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen