MALAYSIA merekodkan 925 kemasukan ke hospital pesakit Covid-19 semalam, menurun berbanding 1,023 yang direkodkan sehari sebelum itu, lapor Kementerian Kesihatan.
Kadar penggunaan katil hospital juga telah menurun daripada 66.4% sehari sebelumnya kepada 64.9% yang mana 39.2% daripadanya adalah kes Covid-19.
Terdapat 261 kemasukan ke hospital di Lembah Klang manakala kadar penggunaan katil hospitalnya ialah 54.5%.
Selangor merekodkan 215 kemasukan, Kuala Lumpur (27) dan Putrajaya (19).
Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor dengan 176, Kedah (35), Kelantan (69), Melaka (25), Negeri Sembilan (51), Pahang (44), Perak (54), Perlis (11), Pulau Pinang (21), Sabah (76), Sarawak (54), Terengganu (48).
Labuan adalah satu-satunya negeri yang tidak melaporkan sebarang kemasukan baharu.
Sementara itu, Lembah Klang merekodkan 1,138 daripada 4,239 kes Covid-19 semalam.
Selangor melaporkan 1,097 kes, Kuala Lumpur (191) dan Putrajaya (49).
Negeri lain yang merekodkan jangkitan ialah Johor (404), Kedah (253), Kelantan (358), Melaka (159), Negeri Sembilan (152), Pahang (324), Perak (220), Perlis (19), Pulau Pinang (262), Sabah (408), Sarawak (158), Terengganu (172), dan Labuan (13).
Jumlah kes aktif kini berjumlah 66,455 yang mana, 54,695 (82.3%) menjalani kuarantin di rumah, 6,550 (9.9%) di pusat kuarantin dan 4,699 (7.1%) dimasukkan ke hospital.
Seramai 512 pesakit dirawat di ICU, yang mana 261 daripadanya menggunakan alat bantuan pernafasan.– 29 November, 2021.

Komen