MALAYSIA merekodkan 29 kes kematian Covid-19 semalam, yang mana enam daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital, kata Kementerian Kesihatan.
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 30,309.
Kementerian memperoleh angka harian daripada jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tertentu, termasuk kes tertunggak yang baharu disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan selepas menyelesaikan siasatan klinikal.
Menurut data Github kementerian, Perak merekodkan kes kematian baharu tertinggi untuk hari kedua berturut-turut dengan tujuh kematian.
Negeri itu telah merekodkan sejumlah 1,248 kematian Covid sejak wabak itu bermula.
Negeri lain yang turut merekodkan kes kematian adalah Johor (2), Pahang (2), Sabah (2), Terengganu (2) dan Kuala Lumpur (2).
Tiada kes kematian baharu direkodkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Labuan dan Putrajaya.
Kadar kematian kes semasa Malaysia adalah pada 0.8%. – 29 November, 2021.

Komen