4,239 kes baharu Covid-19, kata KP kesihatan


Hingga semalam, 96.1% daripada populasi dewasa sudah divaksinasi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 November, 2021.

MALAYSIA mencatat 4,239 kes baharu Covid-19 sehingga tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia menyaksikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 2,623,816.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman portal CovidNow selepas tengah malam.

Dr Noor Hisham berkata, kadar jangkitan (RT) menurun kepada 0.96, berbanding 0.97 sehari sebelumnya.

Hingga semalam, 96.1% daripada populasi dewasa sudah divaksinasi manakala 98.4% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja, 84.7% sudah disuntik sepenuhnya manakala 88.2% menerima sekurang-kurangnya satu suntikan. – 28 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen