ITALI semalam mengesan kes pertama varian baharu Covid-19 Omicron melibatkan pengembara dari Mozambique.
Sebuah makmal terkemuka menemukan genom daripada sampel positif pesakit yang datang dari Mozambique, kata institut kesihatan negara dalam satu kenyataan.
“Pesakit dan ahli keluarga mereka berada dalam keadaan sihat,” katanya.
Mereka tidak lama lagi akan menentukan sama ada sesiapa dalam keluarga yang tinggal di wilayah selatan Campania – yang ibu kotanya Naples juga sudah dijangkiti oleh varian itu.
Itali pada Jumaat melarang kemasukan kepada semua pengembara yang berada di Afrika Selatan dalam dua minggu lalu selepas varian baharu ditemui di sana. Mereka juga menggantung penerbangan dari wilayah itu.
Itali mengarahkan sesiapa sahaja yang sudah berada di Itali dan pergi ke negara berkenaan dalam tempoh dua minggu lalu supaya segera memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk menjalani ujian Covid-19, menjalani kuarantin selama 10 hari dan kemudian melakukan semula ujian Covid-19.
Itali menjadi negara paling teruk terjejas akibat wabak koronavirus dengan lebih 133,000 kematian dilaporkan sejak Februari 2020.
Negara itu merekodkan lebih 10,000 kes baharu setiap hari selama beberapa hari.
Pada Rabu kerajaan mengumumkan akan mempercepatkan suntikan dos penggalak dan meningkatkan sekatan untuk mereka yang tidak divaksin. – AFP, 28 November, 2021.
Komen