SERAMAI 1,023 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, turun sedikit berbanding 1,177 pada Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Kadar penggunaan katil juga turun kepada 66.4% semalam berbanding 67.9% sehari sebelumnya, dengan 37.6% adalah kes Covid-19.
Di Lembah Klang, seramai 335 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital, dengan kadar penggunaan katil 59.7%.
Angka tertinggi di Selangor iaitu 263, manakala Kuala Lumpur (46) dan Putrajaya (26).
Di negeri lain, Johor menerima 147 pesakit baharu Covid-19, Kedah (34), Kelantan (75), Melaka (13), Negeri Sembilan (36), Pahang (56), Perak (55), Perlis (8), Pulau Pinang (30), Sabah (118), Sarawak (73), Terengganu (40) dan Labuan (3).
Sementara itu, KKM melaporkan jumlah kes aktif Covid-19 kini mencecah 67,252, dengan 54,403 (80.9%) kes dikuarantin di rumah, 7,061 (10.5%) di pusat kuarantin dan 5,278 (7.8%) dirawat di hospital.
Seramai 510 pesakit Covid-19 ditempatkan di unit rawatan rapi, dan 258 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 28 November, 2021.
Komen