KKM lapor 40 kematian Covid-19


Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 30,280 kes, lapor KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 November, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 40 kematian akibat Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, dengan 8 daripadanya berlaku di luar hospital (brought in dead).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 30,280 kes, menurut KKM.

Angka kematian harian yang dilaporkan oleh KKM merangkumi jumlah kematian baharu dan kes tertunggak, dengan ada antara mangsa meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari.

Menerusi data yang dikongsikan di portal GitHub, Perak mencatat angka kematian tertinggi iaitu enam kes. Negeri itu merekodkan 1,241 kematian akibat Covid-19 sejak negara mula dilanda pandemik tahun lalu.

Ini diikuti lima kes di Kelantan, Selangor (5), Terengganu (5), Johor (3), Pahang (3), Pulau Pinang (3), Sabah (2), Sarawak (2), Kuala Lumpur (2), Kedah (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1) dan Perlis (1).

Tiada kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya. – 28 November, 2021.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen